UKURAN BENDERA
Bendera mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.
1. Bendera Biasa (Standard) Lebar - 91.5 sm (3 kaki) Panjang - 183 sm (6 kaki) Bendera ukuran inilah yang dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh juga dikibarkan di rumah-rumah.
2. Bendera Rumah Lebar - 61 sm (2 kaki) Panjang - 122 sm (4 kaki) Bendera ukuran ini dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman di mana saiz dan ketinggian tiang-tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad.
3. Bendera Sedang Lebar - 122 sm (4 kaki) Panjang - 244 sm (8 kaki) Bendera berukuran di atas digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka yang ‘mendapat penghormatan’ Negara.
4. Bendera Besar Lebar - 183 sm ( 6 kaki) Panjang - 366 sm (12 kaki) Bendera Besar dikibarkan di Kedutaan-Kedutaan Negara kita di luar negara. Dalam negeri ianya dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mengibarkan Bendera Besar Ketinggian tiang bendera hendaklah bersesuaian.
5. Bendera Meja Lebar - 12.25 sm (0.5 kaki) Panjang - 30.50 sm ( 1 kaki) Bendera ukuran inilah yang digunakan untuk bendera yang di- letakkan di atas meja. Ianya digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.
6. Bendera Kereta Lebar - 12.25 sm (0.5 kaki) Panjang - 30.50 sm ( 1 kaki) Bendera Kereta dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah-tengah, di hadapan kanan atau kiri kereta. Amalan menggunakan Bendera Kereta hanyalah dikhaskan kepada Pembesar- Pembesar tertentu sahaja iaitu:-
(i) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (Bendera Peribadi).
(ii) Pelawat-pelawat negara asing yang mendapat taraf Tetamu Negara/Kerajaan (Bendera Peribadi atau Bendera negara masing-masing).
(iii) Duta-Duta Negara Asing di Malaysia (Bendera negara masing-masing).
(iv) Pegawai-pegawai Angkatan Tentera dan Polis Diraja Malaysia (Bendera Tentera atau Polis Diraja).